BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 3 Disember 2009

kau penyeri hidup ku

MENCARI CINTA

Akukah yang terlalu curiga,
Atau kau kah yang terlalu menyembunyikan perasaanmu padaku,
Terkulai aku di padang cinta ini,
Ketandusan warna cinta darimu,

Silapkah aku menilai erti cintamu itu,
Atau salahkah aku untuk menyayangi dirimu,
Atau butakah aku mengenal erti sebuah cinta,
Hingga perasaan ini tersisih jauh dari kaca matamu,

Masih ternilaikah lagi perasaan cinta itu untukku,
Sehingga perasaan ini terbiar sepi,
Kekosongan tanpa irama,
Kegelapan tanpa cahaya….



Cinta Kisah Cinta

( i )
Telah ku coretkan dulu
Cerita cinta itu
Lalu kau menatapnya
Dan kuterima pujimu
Yang tak diduga

( ii )
Cerita itu kisahku
Tika diri mencari-cari erti
Tika cinta mula bersemi
Katamu dia adalah aku
Kataku dia adalah engkau
Kita bungkam dalam persoalan
Sampai kini tiada jawaban

( iii )
Bila sesekali bertemu
Kau pasti bertanya
"Kisah siapakah itu ?"
Aku dalam lembut memujukmu
"Cerita itu benar !
Kisah kau dan aku"



TERINGATKAN AWK

Teringatkan awak..
tika ucapan sayang
awak hulurkan...
setiap kali bertemu
ku sambut sayang
seikhlas hati...
setiap bicara
setiap luahan
setiap kata
pasti seiring...
ucapan sayang

Teringatkan awak..
bercerita tentang awak
makanan kesukaan
minuman kesukaan
minat awak...
apa yang awak tak suka..
semua dalam lipatan hati
tersimpan hingga kini...
sentimental kesayangan abadi.

Teringatkan awak..
seorang penyabar
penyayang romantik
juga pembaran hebat
hingga melayangnya hati
bila kemarahan berapi
terpaksa berdiam diri
namun hati tetap sayang
awak memang hebat.

Teringatkan awak..
bila hati dicarik cincang
hingga hilang wajah hati
berkecai derai...
hilang di telan masa
bila tersedar...
entah ke mana perginya hati.

Teringatkan awak..
dulu tertunggu-tunggu menanti
mahu nyatakan segalanya
kini bila ternampak..
segala yang dulu tersimpan
beku dan beku...
sukar untuk di luahkan
seakan tercipta jurang
yang awak bina sejak dulu.

Teringatkan awak..

0 ulasan: