BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 2 Disember 2009

cinta itu istimewa

MADAH CINTA ILUSI

Wahai sayang ku…!
Ketika pertama kali kita berpandangan….
Bertemu dan berbicara
Terasa ada sesuatu disudut hati ku ini
Ada angin mesra yang bertiup dengan begitu lembut sekali
Begitu samar-samar….
Cuba membisikkan sesuatu di hatiku….
Tentang sebuah kemesraan
Tentang sebuah kehidupan
Sebuah kisah cinta....
Dan sebuah harapan
Diantara kita berdua.

Dan kemudian….
Aku juga tidak pernah menyangka
Bahawa itu semuanya….
Adalah satu lakonan sandiwara penghiris hati
Dan sebuah ilusi mimpi
Tentang satu pertemuan
Dan sebuah perpisahan
Yang cukup menyakitkan hati….
Yang telah menjadi beban jiwaku ini….
Sehingga kehari ini.


CINTA KENANGAN MANIS

Aku harap....
engkau akan sentiasa bergembira selalu
Walaupun ianya cuma tinggal sebuah kenangan...
Di antara kita berdua..

Aku masih ingat lagie........
Di satu petang yang indah
kita begitu gembira
berjalan berdua-duan
sambil berpimpin tangan
sepanjang jalan
dan...engkau kelihatan begitu cantik sekali
dengan senyuman mu yang manis itu ....!

Arrrggghhhh......!
Sebuah senyuman yang tidak dapat ku lupakan
Yang telah membunuh ku sehingga kehari ini!
dan menghalang ku..
Daripada mencintai wanita yang lain...!!


CINTA SUDAH HILANG!

Aku sudah tidak berdaya!
Puisi cinta ku sudah hilang!
Hilang entah kemana..?
c

Hati ini menjadi begitu membara
Bila mendapat tahu kisah seorang suami celaka yang suka memperbodoh2kan isterinya!

Kesian si isteri itu!
Kisah si isteri yang sering ditipu oleh suaminya!
Kisah si isteri yang sering digertak2 oleh suaminya...supaya taat dan patuh kepada suaminya yang laparkan wang ringgit serta membesarkan egonya!

Kisah si isteri yang dihalang oleh si suami daripada dapat pergi bercampur mesra bersama ahli keluarganya sendiri!

Kisah si isteri yang dilarang oleh suaminya dari pergi mengaji al- Quran kerumah ibunya!
Kisah si isteri yang dilarang oleh suaminya dari mengaji al Quran bersama2 adik beradiknya!

Kisah si isteri yang sering diperbodoh2kan dan digertak2 oleh si suami ...yang mengunakan hujah2 agama ... agar si isteri menjadi bahalul mengikut perintah si suami tanpa usul periksa!!

Kisah si suami yang pandai berpura-pura dan berlagak alim dan warak dihadapan orang lain semata2 untuk mendapat pujian dan wang ringgit dari orang lain!

Kisah si suami yang sering rasa dengki dan busuk hati terhadap kelebihan orang lain!

Dan........
Kerana itulah...
Aku telah kehilangan puisi cinta ku!


CINTA ITU AIRMATA

Hatiku terluka lagi!
Siapa yang dapat memahami diri ku ini?
Pada sekeping hati nurani
Dan pandangan yang jauh serta sebuah syurga
Satu kebenaran....
Bagai perisai dan sebuah senjata
Pemagar diri yang terluka ini.

Hatiku terluka lagi..!
Disebalik kabus kejahilan dan kedegilan
Mereka2 yang mengambil mudah erti kewujudan
Pada sekeping hati...
Dan sebuah impian kesejahteraan
Yang pasti kekal abadi!

0 ulasan: